Masuk senarai untuk dihalalkan, jadi bahan jenaka netizen, Bella Astillah tampil beri respon

Oleh ISMAIL YAHYA

Bella Astillah, berasa sedih apabila namanya tersenarai untuk dihalalkan oleh segelintir netizen di media sosial baru-baru ini.

Selain Bella, terdapat lima lagi selebriti wanita lain yang juga sudah berpisah dengan suami masing-masing turut tersenarai.

Walaupun ia dilihat sebagai satu hiburan, ibu kepada dua cahaya mata ini merasa terkilan

apabila statusnya sebagai janda dijadikan bahan usikan oleh segelintir pihak.

“Saya rasa sangat sedih apabila melihat nama saya di situ.

Masuk senarai untuk dihalalkan, jadi bahan jenaka netizen, Bella Astillah tampil beri respon

Saya tidak rasa gembira pun apabila melihat apa yang dikongsikan itu. “Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya (sudah berstatus ibu tunggal). “Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda,” katanya.

Menurut Bella, yang memiliki nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tiada sesiapa yang ingin menempuh kegagalan rumah tangga, dan ini membuatkannya berasa sedih diperlakukan sedemikian.

“Kalau ditanya mengenai senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan. “Cuma ada kalanya ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, dan itu membuatkan saya rasa sedih. Saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin dan kemudian merancang untuk bercerai,” katanya lagi.

Bella berkata, kini dia ingin memandang ke hadapan dan fokus pada kerjaya serta anak-anak, selain tidak mahu berbincang mengenai perceraian atau gelaran janda.

BACA: Sama berat dengan 2 keping biskut, catat rekod mesin basuh paling kecil di dunia, hanya mampu basuh kain ini