Mat Sabu pergiat usaha bantu rakyat parlimen Kota Raja

Kegembiraan “Pak Hasan” yang dikenali salah seorang penerima Bantuan Khas Makanan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja tanpa henti terus menerus memberikan bantuan khas makanan bagi tempoh PKP yang telah masuk fasa ke tiga.

Keceriaan bergambar “Pak Hasan” bersama Tuan Haji Ismail Zakaria mewakili Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja dan juga mewakili YB Tuan Haji Mohmad bin Sabu dapat diceritakan bahawa dalam tempoh ini hanya kerana sekampit beras mampu menggembirakan penerima yang didalam kesusahan dan sangat memerlukan.

Dalam masa yang sama, bekalan makanan yang dibeli dari Pasaraya Econsave juga sampai untuk ditempatkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja untuk agihan seterusnya kepada penerima dan pemohon.

Rezeki Allah dikongsikan bersama kepada semua yang sangat memerlukan.

Amanah | Progresif | Peduli

Sumber :