Mat Sabu : Yang darurat adalah Muhyiddin, bukan negara

Mat Sabu : Yang darurat adalah Muhyiddin, bukan negara

Presiden Parti Amanah Negara, YB Tuan Haji Mohamad Sabu hari ini menempelak usaha pentadbiran Muhyiddin yang mahu mengumumkan darurat.

Beliau menyebut “Bagi saya yang benar benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.”

Tambah beliau lagi, “Beliau dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.”

Mesyuarat khas cabinet hari ini dilaporkan bersetuju untuk mengisyitharkan darurat dan Perdana Menteri hendaklah mempersembahkan cadangan itu kepada kebawah duli yang maha mulia seri paduka baginda Yang Dipertuan Agong.

Petang tadi, Muhyiddin kelihatan masuk ke istana untuk mengadap YDp Agong dipercayai untuk mempersembahkan cadangan tersebut.

Mohamad menambah lagi “Jika alasannya Covid 19, kita sudah ada undang undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengistiharan darurat kepada negara.”

Tindakan mengumumkan darurat dilihat semua pihak sebagai langkah terakhir Muhyiddin menyelamatkan karier politik beliau dan partinya yang sedang mengalami krisis hilan gkepercayaan termasuk daripada parti yangmendokong kerajaan sendiri.

16 usul undi tak percaya sudah dikemukakan di parlimen untuk sesi akan dating dan sesi parlimen ini juga menjadi medan untuk meluluskan bajet 2021 negara.

Dengan pengisytiharan ini, penganalisis menjangkakan bajet 2021 tidak perlu melalui sidan gparlimen dan boleh terus dilaksanakan jika darurat diumumkan.

Sumber :

NEGARA DARURAT?Bagi saya yang benar benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara. Beliau…

Posted by Mohamad Sabu on Friday, October 23, 2020