‘Mati-mati aku ingat betul’ – Video tular bapa mengamuk di sekolah rupanya lakonan. tular video menunjukkan seorang lelaki mengamuk memegang senjata di sebuah sekolah sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun ianya hanyalah lakonan keselamatan semata-mata.
Difahamkan, SK Taman Warisan Puteri Seremban, Negeri Sembilan membuat latihan demonstrasi menghadapi orang mengamuk.
sebagai persediaan kepada pelajar dan guru menyelamatkan diri sekiranya perkara itu tiba-tiba berlaku di sekolah.
Latihan demonstrasi keselamatan
Jadi, dakwaan kononnya bapa kepada seorang murid mengamuk gara-gara anak dipukul oleh guru adalah tak benar sama sekali.
Video hanya lakonan keselamatan
@epinmusa #Epin4 ♬ original sound – Epin Four
Nampak macam real kan lakonan tu? Apa-apa pun inisiatif pihak sekolah dalam melakukan demonstrasi untuk mengajar pelajar menyelamatkan diri amatlah dipuji.
BACA:
Zus Coffee perkenal roti sosej berperisa ‘kulat’, ini reaksi pelanggan