Mati-mati ingat uncle ni pelakon Gerak Khas, rupanya polis pangkat besar betul

Oleh GEMILANGDAILY

Mati-mati ingat uncle ni pelakon Gerak Khas, rupanya polis pangkat besar betul. Siapa sangka, pelakon ni rupanya polis betul! Gerak Khas ni siapa yang layan mesti kenal pelakon ni. Dah la pakat besar dalam polis.

Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif namanya, meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan.

Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Mati-mati ingat uncle ni pelakon Gerak Khas, rupanya polis pangkat besar betul

Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya.

“Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat,” katanya.

Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang.

“Pertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989.

“Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992,” jelasnya kepada mStar. Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas.

Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja. “Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.

“Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.

“Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi,” ujarnya.

BACA JUGA : 

KPM serah pada sekolah nak wajibkan atau tidak pakai tali leher

Netizen perasan sesuatu dengan gaya Datuk K sekarang, “lain macam betul”

Catat sejarah, ini gadis transgender pertama kena hukuman mati