Mawar Rashid hamil anak ketiga, buat ‘suprise’ pada suami di Paris

Mawar Rashid hamil anak ketiga, buat ‘suprise’ pada suami di Paris. Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid yang mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan dalam tempoh trimester pertama.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi, Mawar turut membuat kejutan buat suaminya, Raf Yaakob tentang kehamilannya itu ketika bercuti di Paris pada Jun lalu.

Menerusi video itu, Mawar dilihat menyerahkan kit ujian kehamilan kepada suaminya di depan Menara Eiffel. Pelakon itu tidak dapat menahan sebak berkongsikan berita itu.

Dalam pada itu, Mawar turut berkongsikan reaksi ahli keluarga dan rakan-rakan tentang berita kehamilannya itu.

Mawar Rashid hamil anak ketiga, buat 'suprise' pada suami di Paris

Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

BACA:

Meniaga nasi lemak tepi jalan mampu pakai Vellfire, pemuda persoal cukai tak pernah isytihar

Nasihat ‘deep’ Puteri Sarah curi tumpuan, “jangan kena pijak orang ketiga”