Maxis bakal bergabung dengan U Mobile? Netizen sindir lepas ini mesti line macam siput

Oleh NADIA HARON

Syarikat telekomunikasi tempatan terkemuka, Maxis, sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih

U Mobile Sdn Bhd bagi membantu dalam pengembangan di Asia, mengikut laporan The Edge.

Menurut sumber yang mengetahui perkara ini, perbincangan masih dalam peringkat awal.

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dari Malaysia dan Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd yang disokong

oleh Temasek Holdings Pte Ltd merupakan beberapa pemegang saham utama U Mobile.

Maxis bakal bergabung dengan U Mobile? Netizen sindir lepas ini mesti line macam siput

“Harga mungkin menjadi penghalang untuk pembelian ini, dengan pemilik U Mobile mencari penilaian melebihi RM10 bilion, dan tidak ada jaminan bahawa perjanjian akan dicapai,” kata mereka.

The Edge juga melaporkan bahawa Tan, dalam mesej kepada Bloomberg News pada Isnin, mengatakan bahawa U Mobile telah menolak tawaran pembelian dan merancang untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada akhir Julai ini.

“Kami menolak tawaran Maxis. Kami akan memohon untuk IPO pada akhir bulan ini,” tulisnya sebagai jawapan kepada pertanyaan dari Bloomberg.

Seorang wakil dari U Mobile menyatakan bahawa syarikat mereka tidak akan mengulas mengenai spekulasi ini, tetapi “sedang fokus untuk menyampaikan lebih banyak produk dan perkhidmatan 5G yang inovatif kepada pelanggan kami. Pada masa yang sama, kami sedang menjalankan kerja persediaan yang diperlukan untuk Pakej Maklumat Pemohon bagi menyertai tender untuk pembinaan rangkaian 5G kedua negara.”

Wakil daripada Maxis dan ST Telemedia pula enggan memberikan sebarang komen.

BACA: Tak tahan dikecam netizen, akhirnya Ustaz Tido mengaku hanya lulusan sekolah agama biasa