MB Selangor Kesal Tak Dijemput Ke “Mesyuarat Khas COVID-19 PM Bersama MB”

YAB Amirudin Shari, Menteri besar Selangor melahirkan rasa terkilan dan dukacita beliau apabila tidak dimaklum dan dijemput ke mesyuarat khas Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan pada hari ini.

Amirudin menyifatkan mesyuarat yang penting sebegini melibatkan nyawa manusia dan Selangor sebagai negeri yang terkesan besar kerana Covid tidak dijemput hadir.

Menulis di laman Twitter, beliau menyebut ” Selangor adalah negeri yang terkesan besar dengan wabak covid 19, pentadbiran negeri dukacita tidak dilibatkan dalam urusan penting melibatkan nyawa manusia seperti ini. Jelas bertentangan dengan sikap terbuka negeri untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan pusat.”

Twitter beliau itu turut diulang tweet oleh Mukhriz dengan menyebut “Kedah pun tak diajak. Agaknya tak ada covid-19 di Kedah”