MCA cuma 2 kerusi tapi PN beri habuan bertimbun-timbun

MCA cuma 2 kerusi tapi PN beri habuan bertimbun-timbun

Parti MCA yang mempunyai 2 kerusi di dalam Parlimen, namun hasil ghanimah diberi seadil adilnya. Tidak cukup dengan 1 Menteri dan 3 Timbalan Menteri, seluruh pelabuhan dikuasainya. Di mana perginya pejuang Islam dan melayu?

Kalau perkara ini berlaku di zaman Pakatan Harapan, menjerit melalak tiap-tiap masa dan waktu. Islam terancam? Melayu akan terpinggir di tanah air sendiri? Maka mulalah bertebaran lirik lagu anak kecil main api.

Pemuda-Pemuda Parti Melayu Umno dan Parti Islam Pusat atau Pulau Pinang, Sarawak, Melaka dan Selangor tak buat poster ke ucap tahniah ke kepada wakil-wakil MCA yang mendapat jawatan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan-Pelabuhan.

Antara yang telah dilantik:
YBhg. Datuk Chong Sin Woon
Pengerusi Pelabuhan Kelang

YB Datuk Robert Lawson Chuat
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu

YBhg Datuk Koh Chin Han
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka

YBhg. Datuk Tan Teik Cheng
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Telok Ewa)

Sejarah Melayu dan Islam di Tanah Melayu tidak pernah lari dari kisah pelabuhan terutama menerima mahupun keluar berdagang.

“YNWA”