MCA rupanya bersusur galur dari parti Komunis?

MCA rupanya bersusur galur dari parti Komunis?

Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan fahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya (PKM).

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army(MPAJA) untuk menentang Jepun.

MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina. MPAJA merupakan salah satu cawangan atau pertubuhan Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk melawan Jepun. Salah seorang pemimpim MPAJA ialah Chin Peng yang menjadi ketua Parti Komunis Malaya. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Akibat kegagalan komunis merampas Tanah Melayu membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api.

Apabila MPAJA dibubarkan general dan pimpinannya menyertai MCA. Presiden Pertama MCA adalah ahli MPAJA iaitu Tun Tan Cheng Lock. Para pemimpin pertama MCA adalah pemimpin tentera Kuomintang. Bendera MCA sama dengan bendera Parti Kuomintang. Apakah boleh kita ringkaskan dari Parti Kuomintang tertubuh Parti Komunis Malaya(PKM), dari PKM lahirkan MPAJA, dan dari MPAJA muncul pula MCA??

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3271838379501844&id=100000271418357

Semak Pautan:-
https://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya
https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_People%27s_Anti-Japanese_Army
https://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng
https://www.youtube.com/watch?v=HncR-UBupcg

Sumber: