Mcd Bkt Bintang Mcd Bkt Bintang kunci tandas mereka, nak guna ada password pada resit, Baru-baru Mcd Bkt Bintang memperkenalkan tandas yang hanya membenarkan pelanggan yang membeli makanan di Restorannya untuk menggunakan kemudahannya.
Menerusi perkongsian di Twitter “walaupun adalah perkara biasa bagi restoran untuk memberikan kata laluan Wi-Fi kepada pelanggan yang membayar, Mekdi mengambil langkah lebih jauh dengan memberikan kod laluan untuk menggunakan tandas mereka.”, tweet ini dikongsi oleh @tekong.
Tweet ini tular dan membuatkan ramai pengguna laman sosial itu inginkan bukti, adakah perkara itu benar atau rekaan. “Betulke tandas mekdi berkunci”.
Mcd Bkt Bintang kunci tandas mereka, nak guna ada password pada resit
Tweet asal kemudiannya dibalas dengan gambar tandas tersebut bersama tombol bersama nombor disebelah pintu tandas Mcd Bkt Bintang untuk pelanggan memasukkan kod yang terdapat pada resit pembelian di Mcd tersebut.
Netizen juga berpendapat ini adalah usaha Mcd Bkt Bintang untuk memastikan tandasnya sentiasa bersih untuk kegunaan pelanggannya kerana restoran tersebut berada di kawasan yang sesak dan ramai menyalahgunakan kemudahan tersebut serta tidak menghiraukan peraturan yang menyatakan bahawa anda perlu menjadi pelanggan untuk menggunakan kemudahan tersebut.
BACA:
McD naikkan harga semua burger selepas 14 tahun
Kecoh wanita panjat kaunter drive-thru Mcd siapkan order sendiri