Meluatnya pendakwah yang perasan pandai tapi tak adil bila mengulas

Meluatnya pendakwah yang perasan pandai tapi tak adil bila mengulas

Nak cerita dekat Firdaus Wong Wai Hung, drama yang paling saya meluat ialah Dai yang perasan serba tahu tapi naif serupa golongan ruwaibidhah. Dia nak mengulas semua benda terutama sekali bab politik, tapi bila dia ulas tak pernah adil.

Pada musuh dia macam-macam tajjassus di lemparkan siap tunggang ayat tuhan.

Bila kena tang sekutu dia, tegur penuh kelembutan macam perlawanan olok-olok gusti.

Lagi satu drama yang meletihkan ini biasanya ada 2 aje, sama ada yang director tak pandai mengarah atau menonton itu tak faham genre drama yang di tonton, i bet the latter. Tapi yang ajaibnya tak faham boleh canang jadi pakar cinematographic nombor satu.

Ingat kami tak bosan tengok drama kamu pasal ICERD, Jawi, kempen bidaah BMF, arak dan judi? Lepas itu sanggup keluar dalil sokong pengkhianat, tafsir ayat Al-Quran jangan ambil auliya dari orang bukan Islam sesuka hati tak ikut konteks?

Words of advice, kalau duduk dalam rumah kaca, tangan tu jangan duk gatai baling batu, faham?

Sumber: