Mengaku jatuh hati lepas tengok ‘buah dada’ kakak ipar ketika susukan anak, lelaki dikecam netizen

Oleh ISMAIL YAHYA

Tidak semua pasangan mampu membeli atau menyewa rumah untuk hidup bersama selepas mereka berkahwin.

Masih ada yang tinggal bersama ibu bapa kerana mereka menghadapi masalah tersendiri, terutamanya kewangan,

Terutamanya pada zaman ekonomi yang merudum seperti sekarang.

Namun, perkongsian seorang individu yang tidak dikenali tentang abang dan kakak iparnya telah menarik perhatian ramai netizen

setelah dia mengaku jatuh hati kepada wanita itu.

Mengaku jatuh hati lepas tengok 'buah dada' kakak ipar ketika susukan anak, lelaki dikecam netizen

Menerusi satu hantaran di Twitter, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia jatuh hati kepada kakak iparnya tanpa disedari selepas satu kejadian yang berlaku di rumah ibu bapanya.

Dia menceritakan bahawa abangnya telah kehilangan pekerjaan, menyebabkan dia tidak mempunyai pendapatan dan terpaksa membawa isteri serta anaknya tinggal di rumah ibu bapa di mana dia juga tinggal.

“Dalam satu malam, aku balik rumah lambat dan apabila masuk, aku melihat kakak ipar saya tidur di atas sofa sambil menyusukan anaknya. Aku melihat buah dada kakak ipar, dan sejak itu, aku tidak boleh melupakan asyik teringat-ingat,” katanya.

Dia menyatakan bahawa dia terus teringat dan jatuh hati kepada kakak iparnya, malah turut membayangkan perkara yang tidak sepatutnya.

Perkongsian tersebut menerima kritikan hebat daripada netizen yang memberikan reaksi masing-masing menerusi hantaran tersebut.

Sebilangan individu mempersoalkan tindakan kakak iparnya yang menyusukan anak di ruang tamu sedangkan boleh dilakukan di dalam bilik.

Walau bagaimanapun, ada yang mengkritik lelaki tersebut dan berkata situasi tersebut bukanlah ‘jatuh hati’ tetapi sebaliknya dia sendiri yang perlu mengawal nafsu.

Beberapa netizen juga menasihatinya untuk mencari rumah atau bilik kosong dan berpindah keluar dari rumah tersebut.

BACA: ‘Zakat pun kena rembat apa lagi nak diharap?’ Bekas ahli majlis Majlis Agama Islam Terengganu didakwa