Mengapa bila nak bentang bajet esok baru letak syarat 80 orang ahli parlimen sahaja hadir?

Mengapa bila nak bentang bajet esok baru letak syarat 80 orang ahli parlimen sahaja hadir?

Hanya 80 daripada 222 ahli parlimen di benarkan hadir ke dewan rakyat bermula esok ketika pembentangan belanjawan 2021. 41 dari kerajaan dan 39 dari pembangkang dan bebas!

Apa dah jadi… mengapa dewan rakyat hari ini di perlakukan sedemikian rupa?

Ini takut covid ka atau takut pengundian bajet? Bukankah dewan telah ambil pelbagai langkah seperti penjarakan sosial, jarak kerusi antara ahli parlimen termasuk penghadang cermin di setiap meja ahli parlimen… dan hari ini di sekat sedemikian rupa. Dan apabila tiba mana-mana sesi pengundian, setiap ahli parlimen perlu di wajibkan bersama.

Dewan yang Raja-Raja Melayu izinkan bersidang kepada ahli parlimen itu keluasannya bukannya kecil sebagaimana UK, US dan negara Eropah yang lain… malah saiznya lebih megah dan mega perdana besarnya berbanding negara lain.

Hal ini adalah salah dan tidak betul.

Andai tiba sesi pengundian, tidak kiralah dalam kes bajet 2021 atau perkara lain, proses pengundian tidak boleh mewakilkan kpd ahli parlimen yg terpilih hadir saja dalam dewan. Hat ahli parlimen lain ?

Jika takutkan covid, ahli parlimen yg di pilih rakyat itu bukan sifatnya sprt rakyat lain yg pergi ke pasar atau kedai makan. Mereka MP, sudah tentu mereka lebih tahu akan bagaimana nak kurangkan jangkitan covid.

Tapi apa rakyat lihat ketika dewan bersidang, ahli parlimen kerajaan sendiri macam muka tak bersalah, di luar meeting hampir saban hari di pelbagai lokasi hotel mewah takut akan pentadbiran tebuk atapnya runtuh. Tanpa pelitup muka…tanpa penjarakan sosial… bebas sana sini walaupun ada sekatan PKPB.

Yang di saman rakyat! Yang di maki dan di perlekehkan oleh menteri…rakyat!

Mengehadkan ahli parlimen sebegini dah salah, tidak seharusnya berlaku. Jika mereka ponteng itu perkara lain. Tapi cara sebegini dah tak betul, apatah lg YDPA hingga kini dah 3x berbunyi berkenaan bajet 2021.

Itu pun pentadbiran kini masih tidak puas hati. Lepas satu…satu lg masalah. Nak buat darurat majlis raja-raja tak izinkan, hari ini sekat pula ahli parlimen bersidang di dewan. Seterusnya ?

Negara ini terbina hasil daripada cop jari rakyat, bukan hasil pengkhianatan tebuk atap dari hotel! Fahamkan itu sikit!

Untuk hal ini Speaker Dewan perlu berikan penjelasan lanjut. Rakyat juga perlu tahu proses dan memerhati perkembangan terkini. Apakah selepas bahas itu undinya hanya dari 80 tersebut tanpa melibatkan baki ahli parlimen lain? Atau sewaktu sesi bahas & pengundian di wajibkan semua hadir? Harap sila berikan penjelasan lanjut.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Sumber :