Meninggal dunia semasa qiamulullail, arwah rebah tiba-tiba

Oleh GEMILANGDAILY

Meninggal dunia semasa qiamulullail, arwah rebah tiba-tiba

Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa Hamzah Harun, 52, yang merupakan jemaah tetap di masjid berkenaan dikatakan rebah ketika sedang berdoa.

Meninggal dunia semasa qiamulullail, arwah rebah tiba-tiba

Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria, 60, berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih tersebut.

“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nawi memberitahu, arwah sering mengikuti program qiamulail di masjid berkenaan sempena malam-malam terakhir Ramadan ini.

BACA:

Gara-gara nak bolot semua harta suami, wanita ini tergamak upah pembunuh upahan demi harta

“Selama ni aku ingat isteri seronok duduk rumah mak ayah dia masa aku outstation. Tak sangka azab yang dia terima, dilayan macam hamba”