Menjelang Ramadan, Baby Shima terima gambar ‘burung’ lelaki pula..

Menjelang Ramadan, Baby Shima terima gambar ‘burung’ lelaki pula.. Sehari sebelum menjelang Ramadan, penyanyi dangdut Baby Shima diganggu lelaki gila seks apabila menerima kiriman berupa foto bogel seorang lelaki dalam Instagramnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli, 29, berkongsi foto lelaki tersebut dalam keadaan bogel sambil menunjukkan bahagian kemaluannya yang ditutup dengan emoji pisang.

Berang dengan tindakan lelaki ‘gila’ yang dikatakan berasal dari Terengganu itu, Shima mencabarnya untuk berjumpa secara berdepan jika dia berani berbuat demikian.

“Sebelum Ramadan. Kalau setakat hantar DM (direct message) macam ini apa barang. Kalau nak sangat, mari berjumpa depan-depan.

“Hari itu JB (Johor Bahru). Sekarang Ganu (Terengganu) pula. Ada yang kenal ke? Kalau ada yang kenal boleh bagi alamat dia tak?” tulis Shima.

TANGKAP layar foto kemaluan dihantar seorang lelaki kepada Baby Shima menerusi Instagram.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam beberapa jam selepas dikongsikan dalam Instagram.

Tangkap layar komen netizen yang sempat dibuat memaklumkan lelaki tersebut bekerja dengan salah sebuah syarikat kurier di Kuala Lumpur.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang itu memberitahu kerap diganggu lelaki tidak dikenali yang mengirim pelbagai imej dan video lucah dalam Instagram miliknya.

TONTON :

BACA:

Muka Yasin ditunjuk, tokan dadah ditangkap nilai berjuta tak nak pula tunjuk muka – Fadzil Zahari

Kereta Singapura dilihat ‘jack’ kereta untuk dapat minyak penuh, “baru buka sempadan..”

Jangan salah, 4 jenis tepung beras ini rupanya ada fungsi berbeza

CATEGORIES