Menjelang selasa, Annuar Musa umum BN masih sokong Muhyiddin

Menjelang selasa, Annuar Musa umum BN masih sokong Muhyiddin

Menjelang dua hari Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang Dipertuan Agong, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan BN menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en bloc (keseluruhan).

Ia berbeza dengan pendirian yang diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa Umno dan BN tidak menyertai PN tetapi hanya individu MP Umno sahaja.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) dalam kenyataan melalui facebook beliau juga mengumumkan ahli Parlimen BN menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Padahal sebelum ini Zahid mengumumkan ada MP Umno yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sebagai Presiden Umno tidak boleh dan mahu menghalangnya.

Annuar Musa juga berkata, BN berpendirian, “No DAP, no DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), no TM (Tun Dr Mahathir)”

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak lagi menjadi Setiausaha Agung Umno itu selepas menjadi menteri, MN telah menjemput Bersatu menyertai MN dan Bersatu telah bersetuju untuk berbuat demikian.

Menurut Annuar, BN Pas Bersatu perlu bermuafakat dan elak tiga penjuru dalam PRU15.

“BN PAS PPBM bentuk jawatankuasa 5 orang dari tiap parti untuk runding kerusi. Rundingan telah bermula,” kata beliau dalam posting itu lagi.

BN, katanya, akan bertanding atas logo sendiri.

Berbeza dengan sentimen di kalangan ahli Umno, Annuar berkata, BN bersetuju membentuk GRS (Gabungan Rakyat Sabah) di Sabah bersama PN dan PBS.

“SUA di arah sentiasa berhubungan dan berkerjasama antara parti parti komponen dan parti sahabat.

“Sentiasa mengadakan meeting JK Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal MN.

“Selagi dasar ini tidak di ubah insyaallah kita terus menerus melaksanakannya walaupun kadang kadang menemui kesukaran. Memutuskan dasar tidak mudah.

“Melaksanakan dasar mungkin lebih payah lagi,” tambah beliau.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/berbeza-dengan-zahid-annuar-musa-umum-bn-sertai-kerajaan-pn-secara-en-bloc/