Menteri “Air Suam” dakwa PH gagal bendung kluster tabligh

Menteri “Air Suam” dakwa PH gagal bendung kluster tabligh

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mendakwa kerajaan PH sebelum ini telah gagal membendung kluster himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur, yang menjadi punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Adham berkata jika ia dapat dibendung, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan yang kecil.

“Pada 10 Mac, ada kluster baru yang muncul, yang kerajaan sebelum ini tidak dapat bendung iaitu kluster Tabligh.

“Ia (himpunan di Masjid Sri Petaling) berlaku daripada 27 Februari hingga 3 Mac. Ia sungguh besar, sehingga hari ini, kita tidak dapat menghentikan (sepenuhnya) penularannya. Masih ada kes-kes daripada kluster ini yang telah menular sehingga generasi kelima.

“Jika kluster Tabligh dapat dihalang, sebenarnya gelombang kedua tidak akan berlaku. Kita mungkin ada kluster kecil sahaja,” katanya ketika sesi telesidang dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang dimuat naik di Facebook.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/521314