Menteri ini akui alami tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu

Oleh GEMILANGDAILY

Menteri ini akui alami tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu.

“Baru-baru ini, saya memeriksa tekanan darah, tidak pernah mencapai 170, selepas pulang ke rumah, kepala saya amat panas dan saya berasa amat letih,” katanya.

Menteri Sosial Indonesia, Tri Rismaharini mengakui terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk menghidap penyakit tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu.

Menteri ini akui alami tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu

Lapor Kompas.com, Rismaharini berkata, bacaan tekanan darahnya pernah mencatatkan tahap tinggi iaitu sekitar 170mmHG kerana bebanan tanggungjawab yang digalasnya tidak mudah.

“Baru-baru ini, saya memeriksa tekanan darah, tidak pernah mencapai 170, selepas pulang ke rumah, kepala saya amat panas dan saya berasa amat letih,” katanya.

Bekas Datuk Bandar Kota Surabaya itu juga memberitahu, suaranya hampir hilang kerana menjerit dan sering marah ketika menjalankan tugas.

“Setiap hari saya marah, itulah sebabnya suara saya hampir hilang bukan kerana apa-apa kerana sering menjerit.

“Apapun, saya harus tetap menjalankan tanggungjawab saya daripada dimarahi oleh mana-mana individu mahupun ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” katanya.

Rismaharini diberi mandat sebagai Menteri Sosial menggantikan Juliari Batubara yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah daripada Komisi Pencegahan Rasuah (KPK).

Dalam pada itu, Rismaharini mengakui wujudnya beberapa kekangan dalam penyaluran bantuan sosial yang dilihat tidak optimum.

Jelas beliau, salah satu puncanya adalah Data Kebajikan Sosial (DTKS) diperoleh tidak lengkap.

Malah, kata Rismaharini, DTKS juga didapati tidak selari dengan maklumat identiti kad pengenalan.

BACA:

Gadis bahagia bersanding dengan kekasih hati, sekali lain jadi bila van jenazah singgah rupanya bapa pengantin meninggal

Gara-gara nak tarik customer wanita? Abang sado nekad buka baju ketika jual durian tarik perhatian