Menteri kanan kini halang suami isteri berjauhan rentas negeri

Menteri kanan kini halang suami isteri berjauhan rentas negeri

Tiba-tiba menteri dari kerajaan pintu belakang membuat u turn. Dah kenapa? Takkan disebabkan ramai yang balik ke kampung sehinggakan suami isteri yang berjauhan sekian lama turut ditarik balik kebenarannya.

Beribu-ribu yang cuba merentas negeri dan diarah berpatah balik kebanyakannya “Pasangan Jarak Jauh (PJJ)” ke wahai Menteri?

Sepatutnya bagi pasangan yang berjauhan bolehlah dibenarkan. Bila arahan sebegini, mula teringat kisah seorang ketua keluarga yang dari Johor hendak pulang ke kampungnya di Terengganu (tak silap) untuk berjumpa dengan anak. Akhirnya beliau sanggup berjalan kaki menempuh rintangan sepanjang arahan PKP akibat kerinduan yang teramat sangat. Akhirnya, beliau meninggal dunia dan tidak berkesempatan untuk berjumpa anaknya.

Berita Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/84678/KHAS/Koronavirus/Kelonggaran-suami-isteri-berjauhan-rentas-negeri-ditarik-balik