Menteri KDN terlibat dalam nahas Helikopter

Menteri KDN terlibat dalam nahas Helikopter. Seramai 18 orang termasuk Menteri Dalam Negeri Ukraine, pegawai kanan kementerian lain dan tiga kanak-kanak terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas berhampiran taska di luar Kyiv, hari ini.

Dilaporkan, helikopter itu terjunam berhampiran taska dan bangunan kediaman di Brovary di timur laut ibu negara itu.

Gabenor wilayah Kyiv, Oleksiy Kuleba, berkata selain mangsa yang terbunuh, seramai 29 orang turut cedera, termasuk 15 kanak-kanak.

“Terdapat kanak-kanak dan kakitangan di taska pada masa tragedi berlaku,” katanya.

Ketua Polis Negara, Ihor Klymenko, berkata Menteri Dalam Negeri, Denys Monastyrskyi yang dilantik di bawah Presiden, Volodymyr Zelenskiy pada 2021 antara yang terbunuh selain Timbalannya, Yevheniy Yenin dan setiausaha kerajaan kementerian juga meninggal dunia.

Menteri KDN terlibat dalam nahas Helikopter

“Akibat nahas itu, kepimpinan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine terbunuh kerana mereka berada dalam helikopter Perkhidmatan Kecemasan Negeri,” katanya.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan bangunan terbakar dan orang ramai keluar daripada bangunan berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca kejadian itu berlaku dan pegawai Ukraine tidak merujuk kepada sebarang serangan dari Russia di kawasan itu pada masa kejadian.

“Malangnya insiden ini berlaku ketika helikopter perkhidmatan kecemasan negara sedang melaksanakan tugasnya,” kata jurucakap Tentera Udara, Yuriy Ihnat kepada Apostrof TV. – REUTERS

Sekurang-kurangnya lima orang cedera dan beberapa orang maut selepas sebuah helikopter terhempas di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan bangunan kediaman di bandar Brovary, hari ini.

“Terdapat kanak-kanak dan kakitangan di taska pada masa tragedi itu berlaku dan semua orang kini sudah dipindahkan. Terdapat kemalangan jiwa,” menurut Gabenor wilayah Kyiv, Oleksiy Kuleba.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan bangunan terbakar dan orang ramai bergegas keluar dalam keadaan tidak terkawal.

Setakat ini, tiada sebarang bukti dapat menjelaskan bagaimana helikopter itu terhempas.

Pegawai Ukraine juga tidak merujuk kepada sebarang serangan Russia di kawasan itu pada masa itu.

“Kami sedang mencari maklumat mengenai mangsa dan keadaan,” kata Timbalan Ketua pejabat presiden Ukraine, Kyrylo Tymoshenko, di aplikasi Telegram

BACA:

Peguam Hafidzah tampil perjelas hal sebenar selepas tarik diri bela Bainun

Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa

CATEGORIES