Perikatan Nasional dikritik oleh Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said
kerana tidak membuat apa-apa untuk memisahkan kuasa Peguam Negara (AG) dan pendakwa raya ketika gabungan tersebut menjadi kerajaan.
“Kenapa tak pisah masa jadi kerajaan? Duduk situ cakap pun tidak.
Sebab tu kita #wewalkthetalk mereka #dontwalkdonttalk,” kata Azalina ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 bagi tahun 2023-2025.
Isu utama yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah keputusan kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Peguam Negara dan juga tuduhan pendakwaan terpilih ke atas ahli pembangkang.
Berkenaan kes Zahid, Azalina menegaskan Perkara 145 memperuntukkan budi bicara kepada Peguam Negara dan itu tidak boleh dipersoal.
“Budi bicara AG tidak boleh dipersoal. Setiap AG ada kuasa dakwa dan lepaskan. Bila hakim membebaskan, tak semestinya tak boleh didakwa.
“Pelbagai AG terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kjaan komited pisahkan AG dari pendakwaraya.
Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menyoal apakah lepas dan bebas akan menjadi trend baru berdasarkan kepada alasan kesembilan yang dikemukakan dalam kes Ahmad Zahid.
Alasan tersebut adalah pendakwaan terpilih oleh pentadbiran lalu.
Menjawab perkara ini, Azalina sekali lagi menegaskan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
“Tiada apa dalam Perkara 145 yang menyatakan bahawa AG harus lapor pada menteri atau kabinet. Budi bicara adalah hak AG dalam perlembagaan.”
Beliau turut membandingkan kuasa budi bicara AG di negara lain untuk menjelaskan hujahnya.
Di United Kingdom, AG bukan orang politik, budi bicara terkawal. Di Australia, AG boleh jadi “front bench”. Kalau saya boleh jadi AG, berkemungkinan ada selective prosecution. Kita tak jadi kerana kuasa besar.
Front bench merujuk kepada pelantikan ahli kabinet sebagai Peguam Negara.
Sumber:https://harapandaily.com/azalina-pn-tidak-pisahkan-kuasa-ag-pendakwa-raya/