Menteri PN ni tak ada group Whatsapp ke?, tanya Saifuddin

Menteri PN ni tak ada group Whatsapp ke?, tanya Saifuddin

Saifuddin Nasution mempersoalkan keputusan bercanggah antara pemimpin kerajaan PN dalam keputusan membenarkan operasi firma guaman sepanjang PKP berlangsung.

Menurut kenyataan MITI yang diterajui oleh Azmin, MITI membenarkan firma guaman beroperasi,namun satu panggilan telefon dari menteri undang-undang Takiyuddin Hassan kepada presiden Majlis peguam pula adalah sebaliknya.

kenyataan ringkas Saifuddin itu merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peguam.

Saifuddin menyebut dalam posting facebooknya “Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kata perkhidmatan berkaitan guaman boleh dibuka. Menteri Undang-Undang kata tak boleh.”

Beliau turut menambah lagi ” Yang mana satu ni? Mungkin bincang dlm group WhatsApp dulu sebelum keluar Kenyataan Media.”

Ternyata banyak kenyataan antara menteri PN bercanggah dalam sesuatu keputusan seperti kenyataan membenarkan operasi kedai gunting rambut sedangkan KKM menasihatkan kemudiannya agar tidak beroperasi.

Sumber :