Menteri serah sumbangan RM 200K kepada Timbalan sendiri?

Menteri serah sumbangan RM 200K kepada Timbalan sendiri?

Saya mendapat maklumat bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Zafrul telah mengunjungi kawasan Parlimen Paya Besar untuk meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir.

Kebetulan, Parlimen Paya Besar sekarang diwakili oleh MP nya YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan. Di dalam kunjungan Menteri Kewangan ke kawasan timbalannya itu, dikhabarkan MP Paya Besar telah diberikan cek sumbangan banjir khusus kepada Paya Besar dari Kementerian Kewangan. Sudah tentu masyarakat di Paya Besar yang rata-ratanya terlibat dengan banjir baru-baru ini merasa bangga dan bertuah sekiranya mereka tahu Ahli Parlimen mereka mendapat peruntukan sejumlah tersebut.

Peliknya, mengapa ramai masyarakat di sini tidak tahu Ahli Parlimen mereka dapat peruntukan begitu banyak? Mengapa penyerahan cek tersebut tidak disiarkan di dalam FB Ahli Parlimen berkenaan? Difahamkan pada asalnya penyerahan cek tersebut ada di dalam FB, tetapi telah dibuang dan hanya gambar-gambar lawatan Menteri Kewangan sahaja disiarkan. Mengapa perlu disembunyikan?

Satu lagi persoalan, apakah setiap Parlimen di Pahang yang terjejas teruk dengan banjir turut menerima cek sebanyak itu? Berapa jumlah Menteri Kewangan luluskan peruntukan banjir untuk negeri Pahang, dan berapa pula jumlah yang Menteri Kewangan luluskan di setiap Parlimen? Atau, adakah hanya Paya Besar sahaja yang beruntung memperolehi bantuan sebanyak itu kerana MP nya Timbalan Menteri Kewangan? Berapa pula jumlah peruntukan bantuan banjir yang Paya Besar terima dari kerajaan negeri?

Semua kita tahu, kerajaan Pusat memang ada memperuntukan bantuan banjir kepada kerajaan negeri Pahang untuk diagihkan kepada setiap Parlimen yang dilanda banjir. Bahkan kerajaan negeri Selangor juga turut menyumbang sebanyak RM 1 juta kepada kerajaan negeri Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Tentunya Paya Besar juga telah menerimanya selain dari ‘bantuan khas’ sebanyak RM 200K dari MOF.

Baik dan telusnya kerajaan negeri Selangor di bawah PH kerana salurkan bantuan terus kepada kerajaan negeri, bukannya kepada saya selaku Ketua Cabang Paya Besar atau kepada Parlimen Kuantan du bawah YB Fuziah Salleh , selaku Pengerusi Keadilan Pahang. Tiba-tiba pula dari MOF terus kepada MP Paya Besar. Menteri beri kepada Timbalan Menteri. Hebat !!

Apa pun, rakyat di Paya Besar berhak menuntut hak mereka terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka berhak mendapat bantuan yang sewajarnya hasil dari peruntukan dari kerajaan negeri serta peruntukan ‘istimewa’ dari Menteri Kewangan kepada MP Paya Besar.

Keadilan Paya Besar akan terus memberikan perkhidmatan sebaik dan semampu mungkin. Kami hanya melihat dan mendengar kerajaan negeri Selangor beri peruntukan sejuta ringgit kepada kerajaan negeri Pahang, semoga rakyat Paya Besar turut mendapat bahagiannya. Bagi kami, InsyaAllah, kami akan bergerak mengikut kemampuan kami.

FB