Menteri Wilayah jawab hasil siasatan lubang benam Jalan Masjid India

Oleh ISMAIL YAHYA

Hasil penuh siasatan mengenai insiden lubang benam di Jalan Masjid India serta laporan penilaian geo-teknikal di kawasan sekitarnya

kini berada dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menyatakan bahawa kedua-dua laporan tersebut

akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai pendedahan kepada umum.

“Kerajaan komited terhadap ketelusan dalam siasatan, lebih-lebih lagi yang melibatkan keselamatan awam.

Menteri Wilayah jawab hasil siasatan lubang benam Jalan Masjid India

Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian dengan koordinasi antara Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan DBKL.

“Laporan penilaian geo-teknikal ini merangkumi penggunaan teknologi seperti Radar Menembusi Tanah (GPR) dan Ujian Graviti Mikro untuk memastikan kestabilan tanah di kawasan berisiko, termasuk daerah pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur.

Kajian ini membantu mengenal pasti jika masih terdapat kawasan yang mungkin terdedah kepada masalah lubang benam pada masa depan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan P. Prabakaran (PH-Batu) yang bertanya tentang kesediaan kerajaan untuk mendedahkan hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India kepada umum.

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita, G. Vijaya Lakshmi, berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Menjawab soalan asal Prabakaran mengenai status keselamatan terkini selepas insiden itu, Dr. Zaliha memaklumkan bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, Jalan Masjid India kini disahkan selamat untuk semua aktiviti.

Kajian ini mengambil kira pandangan kolektif daripada pelbagai agensi termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), serta institusi profesional seperti Institusi Jurutera Malaysia (IEM) dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).

“Beberapa tindakan segera telah diambil, termasuk audit integriti aset utiliti oleh syarikat-syarikat utiliti di kawasan CBD, seperti Jalan Masjid India, dengan pemetaan dan ujian integriti bawah tanah untuk mengesan kelemahan pada aset lama.

“Selain itu, teknologi seperti kaedah GPR dan Mackintosh Probe (MP) digunakan untuk menyiasat struktur tanah, sementara ujian geofizik seperti graviti mikro dan Ground Settlement Monitoring juga dijalankan untuk mengesan pergerakan tanah atau lohong bawah tanah,” jelasnya.

Bagi tindakan jangka panjang, Dr. Zaliha menjelaskan bahawa DBKL akan melaksanakan penyiasatan tanah mendalam menggunakan teknik ‘Deep Boring’ serta ujian makmal untuk memastikan kestabilan tanah. Laporan geoteknikal oleh jurutera bertauliah juga akan disediakan untuk kawasan yang dikenal pasti berisiko.

Mengenai pampasan kepada keluarga mendiang Vijaya Lakshmi, Dr. Zaliha menyatakan bahawa DBKL telah menyumbang RM30,000 untuk meringankan beban keluarga mangsa. Selain itu, pihak swasta turut menyumbang RM10,000 sebagai tanggungjawab sosial.

“Mengenai pampasan lanjut, kerajaan tidak menghalang keluarga mangsa jika mereka ingin menuntut pampasan melalui saluran perundangan terhadap agensi yang berkaitan,” katanya.

BACA: Jutaan ikan bilis mendarat di Pantai Terengganu buat penduduk tertanya perkara buruk apa yang bakal berlaku