Mesyuarat khas kabinet bincang Covid-19 sedang berlangsung

Mesyuarat khas kabinet bincang Covid-19 sedang berlangsung

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Putra Perdana sebentar tadi.

Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin memasuki bangunan itu jam 8.57 pagi.

Perdana Menteri dijadualkan mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pada pukul 9.30 pagi, hari ini.

Mesyuarat Khas tersebut dijangka membincangkan situasi terkini penularan wabak COVID-19 serta usaha mengekang wabak berkenaan.

Ketibaan beliau disusuli menteri-menteri lain antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Media difahamkan mesyuarat turut membincangkan usaha kerajaan merangka strategi pemulihan dalam membantu Sabah yang terjejas akibat COVID-19.

Bagaimanapun, sejak semalam timbul desas-desus bahawa mesyuarat tersebut ada kaitan dengan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun, perkara itu belum disahkan.

Sebelum ini, Muhyiddin beberapa kali mengadakan Mesyuarat Kabinet melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 selepas beliau menjalani kuarantin kendiri 14 hari.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perdana-menteri-tiba-untuk-mesyuarat-khas-kabinet-264859