Minum air telaga pun jadi exco,” Nik Amar perlekeh isu air Kelantan

Minum air telaga pun jadi exco,” Nik Amar perlekeh isu air Kelantan

Sebagai pemimpin yang menggunakan jubah agama, elakkan lah respon rintihan kesusahan rakyat dengan jawapan sindiran apatahlagi hinaan paku buah keras pada rakyat marhaen.

Saya yakin…video ini adalah video sebelum bermukah dengan UMNO. Kerana kesalahan air kelantan diletakkan atas UMNO. Perbandingan air sungai Pahang lebih keruh dari air sungai Kelantan juga dibuat bagi meminta rakyat Kelantan gunakan air sungai sebagai salah satu alternatif kalau tiada air paip.

Lebih menarik?! Antara fadhilat guna air telaga yang bukan air paip AKSB adalah beliau sendiri yang mampu jadi exco kerajaan negeri hasil guna air telaga bukan air paip. Mungkin itu juga yang mahu diminta dari rakyat Kelantan hari ini?

Moga Allah SWT rezekikan pemimpin yang berbeza dari watak seperti ini untuk Kelantan. Janganlah keperluan dan keluhan rakyat dibuat lawak sindiran di pagi Jumaat. Malangnya, beliau mungkin pengganti MB Kelantan seterusnya berdasarkan senioriti.

Sumber: