Misteri akhirnya terjawab, rupanya ini punca masalah pencemaran asap di Gua Musang

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Masalah asap di Jalan Gua Musang-Lojing masih berulang meskipun tindakan sudah diambil,

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang melakukan pembakaran di tapak pelupusan sampah sementara.

Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud, menyatakan bahawa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) memandang serius isu ini.

Beberapa langkah segera telah diambil kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan masalah bau busuk di kawasan tersebut.

Menurutnya, tapak pelupusan sampah sementara ini disediakan oleh MDGM setelah tapak asal dimasukkan dalam projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Misteri akhirnya terjawab, rupanya ini punca masalah pencemaran asap di Gua Musang

Pembakaran di tapak tersebut dipercayai dilakukan oleh pencari sampah yang mahu mendapatkan sisa buangan seperti logam daripada peralatan elektrik.

“MDGM telah mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah ini. Pada Ogos lalu, tangki air telah disediakan dan kaedah water sprinkler digunakan untuk memadamkan kebakaran di tapak tersebut.

“Kami juga menggunakan dana sendiri untuk menaikkan pagar bagi menghalang pencari sampah daripada memasuki tapak pelupusan. Namun, pagar itu telah rosak baru-baru ini akibat ribut dan sedang dalam proses pembaikan.

“Tapak pelupusan ini hanya bersifat sementara dan telah beroperasi lebih setahun,” katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam yang menyuarakan kebimbangan pengguna Jalan Gua Musang-Lojing mengenai bahaya asap yang boleh mengancam keselamatan serta bau busuk yang mengganggu.

Nik Raisnan turut menyatakan bahawa penguatkuasaan kerap dilakukan di kawasan tersebut, tetapi pencari sampah masih berdegil dan meneruskan kegiatan mereka, terutamanya pada waktu malam bagi mengelak ditangkap.

Beliau memberi amaran agar mereka menghentikan aktiviti ini atau berdepan tindakan undang-undang.

“Harapan kami agar mereka lebih bertanggungjawab dan menjaga kebersihan bersama,” ujarnya.

Bagi langkah jangka panjang, MDGM sedang berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyelenggara tapak pelupusan sampah ini dengan laluan masuk yang lebih baik.

“Kami juga berharap agar kerajaan mempertimbang pembukaan semula tapak pelupusan asal demi keselesaan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar,” tambahnya.

BACA: Rupanya ini yang dirayakan di Teluk Intan sampai dipenuhi dengan bendera China