Misteri penempatan besar warga Myanmar di Bukit Malut

Misteri penempatan besar warga Myanmar di Bukit Malut

800 rumah setinggan, 5000 -8000 warga asing. Ceroboh dan kuasai tanah dan perkuburan penduduk tempatan. Lokasi paling hitam di Langkawi dengan kes jenayah dan dadah yang semakin meningkat?

Penghuninya menceroboh tanah rizab hutan paya bakau Bukit Malut, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah

Lokasi paling hitam di pulau peranginan ini, berikutan laporan kes jenayah serta berkaitan dadah yang kerap berlaku?

800 kediaman dibina di kawasan itu dengan jumlah penghuninya dianggarkan di antara 5,000 hingga 8,000 orang menetap secara kekal

Penghuninya kurang bercampur dengan orang tempatan. Hampir separuh penghuni penempatan yang mendakwa berketurunan Melayu Burma di situ, dikatakan memiliki dokumen pengenalan diri?, MyKad, membolehkan mereka menjadi pengundi berdaftar.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaluddin, ketika dihubungi BH, mengakui pihaknya tidak mempunyai kuasa ke atas penduduk Bukit Malut, sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN). (sumber Berita Harian)

“Ini kerana ramai dalam kalangan penduduk kawasan itu memegang kad Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Saya tidak boleh komen lanjut isu ini kerana bukan bidang kuasa JIM, cuma untuk makluman mereka tidak ada kena mengena dengan etnik Rohingya,” BH

Atas faktor keselamatan keluarga dan diri, selama ini kebanyakan penduduk Langkawi hanya mendiamkan isu itu, selain mendakwa penghuni Bukit Malut dilindungi pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh politik. (sumber Berita Harian)

Penduduk Kampung Bayas, Ulu Melaka, yang mahu dikenali sebagai Khairul, 50-an, mendakwa penempatan Bukit Malut mendapat ‘perlindungan’ sehingga ada dalam kalangan penghuninya berdaftar sebagai pengundi. (sumber Berita Harian)

Komander NTF mengesahkan setiap PATI yang berjaya merentas sempadan negara. Tekong atau Anggota Penguatkuasa menerima bayaran sehingga RM 15,000 bagi sempadan laut dan RM 800 untuk sempadan darat.

Titik Panas pendaratan PATI Semananjung Tanah Melayu adalah di Utara Pulau Langkawi, Selatan Kuala Selangor dan Tanjung Piai.

NTF mengesahkan kekurangan aset pemantau seperti Bot Pemintas dan kelengkapan ISR seperti UAV dan kawalan radar adalah punca pencerobohan berlaku disebabkan kecuaian manusia pasti berlaku.

Bukit Malut ini ada Jerung Besar ke

Sumber :