Mitos minum susu dan oat ini fakta penjelasan dari pakar kesihatan

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Susu oat bukan sahaja enak tetapi juga memberi manfaat kesihatan yang banyak.

Jika anda mencari alternatif susu berasaskan tumbuhan, susu oat adalah pilihan yang tidak mengecewakan.

Jangan biarkan mitos menjejaskan pilihan sihat anda. Nak lebih yakin? Cubalah sendiri dan rasai keistimewaannya!

Fakta: Tidak Benar.

Susu oat sebenarnya kaya dengan lemak tidak tepu dan karbohidrat baik, menjadikannya pilihan yang ideal untuk diet seimbang.

Mitos minum susu dan oat ini fakta penjelasan dari pakar kesihatan

Menurut Dr. Shazril Shaharuddin, kajian saintifik membuktikan bahawa lemak tidak tepu, seperti yang terdapat dalam minyak canola, bersifat neutral atau anti-radang.

“Sebagai contoh, satu kajian mendapati pengambilan minyak bunga matahari mengurangkan penanda keradangan, manakala lemak tepu seperti mentega meningkatkan keradangan,” jelasnya.

Mitos 2: Susu Oat Mengandungi Gula yang Tinggi

Fakta: Tidak Sepenuhnya Betul.

Rasa manis dan creamy susu oat adalah semula jadi, bukan hasil tambahan gula. Susu oat tanpa gula mempunyai beban glisemik yang rendah, bermaksud ia tidak menyebabkan lonjakan mendadak pada tahap gula darah.

“Gabungan gula semula jadi dan serat dalam susu oat diserap perlahan oleh tubuh, memberikan tenaga yang stabil,” tambah Dr. Shazril.

Susu oat juga pilihan hebat untuk dicampurkan ke dalam teh, smoothie, dan bijirin pagi kerana rasanya yang lemak berkrim.

Mitos 3: Susu Oat Kurang Nutrisi

Fakta: Tidak Tepat.

Susu oat kaya dengan kalsium, serat, dan rendah lemak tepu. Ia juga bebas kolesterol, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk vegetarian, vegan, dan mereka yang menjaga kesihatan jantung.

Menurut Journal of Functional Foods (2020), setiap 100ml susu oat mengandungi kira-kira 1.0g serat larut yang membantu pencernaan dan mengurangkan penyerapan kolesterol.

“Dengan beban glisemik serendah 8 untuk satu hidangan 240ml, susu oat tergolong dalam kategori makanan rendah glisemik,” jelas kajian tersebut.

Kenapa Pilih OATSIDE?

Bagi anda yang ingin mencuba susu oat, OATSIDE menawarkan pilihan terbaik. Diperbuat daripada 100% oat Australia panggang, susu ini bebas laktosa, kaya dengan kalsium, anti-radang, dan penuh dengan serat.

Apa yang membuat OATSIDE berbeza?

Tanpa gula tambahan.

Menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa menjejaskan rasa asli.

Komitmen terhadap kesihatan pengguna dengan label kandungan yang telus.

Min cadangkan: Cuba susu coklat mereka! Rasanya unik dan lebih sedap daripada susu coklat berasaskan tenusu.

BACA: Pemimpin Bersatu kritik keputusan Pas adakan himpunan solidariti terhadap Najib Razak