Mohamad Sabu jumpa pihak berkuasa bincang masalah kemalangan maut di Kota Raja

Mohamad Sabu jumpa pihak berkuasa bincang masalah kemalangan maut di Kota Raja

YB Tuan Haji Mohamad Sabu mengadakan perjumpaan bersama pelbagai pihak pagi ini. Perjumpaan antara pelbagai pihak ini membincangkan isu-isu kebajikan dan keselamatan rakyat di parlimen Kota Raja.

Menurut page Amanah Kota Raja yang telah memuatnaik di statusnya telah memaklumkan pagi ini YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Klang dan wakil persatuan persatuan penduduk sekitar Parlimen Kota Raja berkaitan isu kemalangan maut yang berlaku di beberapa lokasi di sekitar kawasan ini untuk ditangani bersama.

Kerjasama yang erat diantara penduduk dan jabatan jabatan kerajaan ini insyaAllah akan membantu menangani masalah ini sebaiknya.

Semoga segala usaha ini dipermudahkan demi rakyat Kota Raja.

Sumber: