Mohon Kementerian Pendidikan semak semula cuti Aidiladha – NUTP

Mohon Kementerian Pendidikan semak semula cuti Aidiladha – NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pendidikan menimbang semula cuti bersempena Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata hal itu kerana perayaan berkenaan jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.

Justeru NUTP mencadangkan agar guru-guru diberi peruntukan cuti khas oleh Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin pada 30 Julai, dan cuti pelepasan oleh Pejabat Pendaftar Negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini.

Menurut kesatuan tersebut perkara itu akan memberi peluang orang ramai menyambutnya bersama sanak-saudara di kampung halaman.

“Orang ramai juga sebelum ini tidak berpeluang menyambut Aidilfitri di kampung semasa PKP (perintah kawalan pergerakan) dan mereka sudah merancang untuk pulang bagi menyambut Aidiladha yang jatuh semasa cuti penggal persekolahan berdasarkan takwim penggal persekolahan sebelum ini.

“Selain itu, perayaan hari raya bukan sahaja disambut oleh kaum Melayu malah turut diraikan oleh semua kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/532765