MP Pas-PN kantoi fitnah perarakan wanita adalah perarakan LGBTQ.
Sidang Parlimen kecoh seketika gara-gara kenyataan Ahli Parlimen Kuantan,
Wan Razali Wan Nor yang menyifatkan perhimpunan Hari Wanita di ibu negara baru-baru ini sebagai himpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kenyataan itu mengundang kecaman ahli-ahli Parlimen sehingga Yang di-Pertua Dewan Rakyat,
Datuk Johari Abdul mendesak beliau menarik balik kenyataan itu jika tidak pasti.
Speaker: Kuantan, are you sure? Adakah anda pasti perhimpunan itu LGBT? Are you sure? Yang lain diam dulu, saya nak dapatkan komen itu sahaja. Are you sure? Saya nak tanya, kalau sure, kata sure, kalau tak sure, kata tak.
Adakah perhimpunan itu LGBT atau (Hari Wanita) women? Jawab itu sahaja, yang lain diam. Jawab Kuantan. Yang berarak itu LBGT dan dianjurkan oleh LGBT?
Wan Razali: Dia bersama Pengerusi.
Speaker: Saya tanya adakah perarakan itu LGBT atau tidak? Ya atau tidak? Sebab kalau ya, saya akan check, kalau bukan you akan dikenakan tindakan.
Kalau saya check itu bukan LGBT, saya akan ambil tindakan ke atas anda, jadi soalan saya ya atau tidak atau tidak sure?
Wan Razali: Saya tak pasti.
Speaker: Tidak pasti, tarik balik (kenyataan), tarik balik. Kuantan tidak pasti, tarik balik.
Wan Razali: Baik Tuan Pengerusi, saya tarik balik.
Speaker: Okay terima kasih, teruskan ucapan lain.
BACA:
Ini senarai lelaki kaya bertambah kaya kerana COVID-19, bekas PM Malaysia termasuk dalam senarai?