MP Temerloh persoal status naiktaraf jambatan Temerloh, lulus ketika kerajaan PH

MP Temerloh persoal status naiktaraf jambatan Temerloh, lulus ketika kerajaan PH

Pada tahun lalu kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan projek menaik taraf Jambatan Sultan Hj Ahmad Shah dan telah ditender pada bulan November 2019. Tetapi saya tidak pasti samada projek pembangunan ini akan diteruskan atau tidak.

Justeru, hari ini (14 Julai 2020) saya telah bertanyakan kepada YB MENTERI KERJA RAYA:

Bilakah projek menaik taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di daerah Temerloh akan bermula kerana kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan projek ini dan telah mula ditender pada bulan November 2019.

Persoalan ini sangat penting kepada warga Temerloh berikutan penambahan mendadak jumlah kenderaan dan status jalan dan jambatan yang masih tidak dinaik taraf, menyebabkan kesesakan sering berlaku.

Sebagai Ahli Parlimen Temerloh, saya mengharapkan projek ini diteruskan demi kebaikan rakyat Temerloh.

Terima kasih

YB DATUK WIRA ANUAR TAHIR
Ahli Parlimen Temerloh