MPT Bersatu tak puas hati dengan pencalonan Rina Harun di Batu Tiga, dakwa Muhyiddin tutup ruang perbincangan

Oleh ISMAIL YAHYA

MPT Bersatu tak puas hati dengan pencalonan Rina Harun di Batu Tiga, dakwa Muhyiddin tutup ruang perbincangan

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman dilaporkan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan calon Bersatu

Mereka yang akan bertanding dalam di Selangor yang disifatkan ‘lemah dan bermuslihat’.

MPT Bersatu tak puas hati dengan pencalonan Rina Harun di Batu Tiga, dakwa Muhyiddin tutup ruang perbincangan

Bagaimanapun, beliau berkata dia menyerahkan kepada pengundi di DUN Batu Tiga tersebut untuk menilai ketelusan ketua wanita PN itu, menjelang hari pengundian pada 12 Ogos ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, dia membangkitkan keputusan parti untuk mencalonkan mereka yang telah tewas dalam PRU15, dan secara khusus menyebut nama Rina yang tewas di Sepang, Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sasha Lyna Abdul Latiff (Ampang) dan Dr Afif Bahardin (Shah Alam).

Dia berkata telah menyuarakan perkara itu secara peribadi dan mendakwa jika dibawa ke mesyuarat parti sekali pun, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin lebih awal menutup ruang perbincangan dengan mempertahan keputusan tersebut,

Sebelum ini, Rina berkata dia mengambil keputusan untuk berehat sejenak daripada bertanding namun telah diarahkan untuk bertanding di DUN Batu Tiga dalam PRN kali ini.

“Saya sedar bahawa pandangan masyarakat bercampur baur, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju, akan tetapi inilah strategi pembidak catur politik yang lebih tahu apa yang terbaik untuk parti dan rakyat.

“Oleh itu, saya akur dengan arahan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti,” katanya.

Pada PRU15, Rina tewas di Sepang di tangan Aiman Athirah Sabu daripada PH dengan perbezaan 8,949 undi.

BACA: Kalau nampak benda ni dalam hutan masa tengah hiking, tolong jangan sentuh dan cepat-cepat call Polis, Ini sebabnya