“Mu nak islam ke mu nak buang sampah?”, Majlis Perbandaran Kota Bharu hanya mampu mengeluh sampah dibuang merata.
Kempen bagi memberi kesedaran dalam tabiat membuang sampah nampaknya kurang berkesan bagi penduduk di negeri ini selepas tular sebuah gambar dengan jalanan yang penuh sampah.
Pelajar Tahun Lima Di Kelantan Retak Lutut Selepas Didenda Ketuk Ketampi Oleh Guru
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melalui laman TikTok berkongsi kekecewaan terhadap vendor dan pengunjung yang meninggalkan lokasi tersebut dipenuhi dengan sampah walaupun pihaknya sudah menyediakan tempat membuang sampah.
]Mereka menulis, “Walaupun kempen Kelantanku Bersih (Kelantanku Bersih) telah dilaksanakan sejak sekian lama, kemudahan pembuangan sampah telah disediakan cukup banyak,
peringatan daripada penguatkuasa dan pegawai kesihatan awam supaya menjaga kebersihan kawasan bazar telah disampaikan berkali-kali. Tetapi masyarakat, peniaga dan pengunjung masih mengabaikannya.”
Negeri serambi mekoh dan melayu isle adik kakok sekalian pic.twitter.com/XBsel4Dd7M
— Mat Sekilau / Membalak 🪵 (@apanakdikato) April 24, 2023
“Ini adalah contoh sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga dan pengunjung Pasar Parit Dalam yang tidak mengutamakan kebersihan.”
Apa yang lebih menyedihkan ialah, seperti yang dikongsikan, pihak yang luar masih akan menuding jari kepada majlis tempatan untuk kejadian ini walaupun segala usaha telah dilakukan untuk mendidik masyarakat di negeri ini.
“Apabila perkara seperti ini berlaku, majlis tempatan juga akan dipersalahkan.”
Memandangkan kemudahan pelupusan sampah telah disediakan dan banyak peringatan daripada pihak berkuasa, sebenarnya tidak ada pihak lain yang perlu dipersalahkan selain penjual dan pengunjung.
BACA:
Nelayan jumpa ikan jelmaan ‘dajjal’ bikin satu kampung kecoh kiamat makin dekat