Muah-Muah Raya pula dah! Lepas Aliff Syukri, Dato Vida pula buat hal!TIDAK mahu ketinggalan melancarkan lagu raya,
usahawan sensasi Datuk Seri Vida turut tampil dengan Muah Muah Raya sempena Syawal yang bakal tiba.
Berbeza dengan tahun lalu, Vida atau Hasmiza Othman, 52, melancarkan Muah Muah Raya tanpa sebarang elemen kontroversi murahan sebaliknya mempertaruhkan kualiti semata-mata.
“Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan pendengar sangat positif. Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan lagu ini terbaik dan nombor satu.
“Malah, mereka siap membandingkan dengan lagu raya daripada individu lain. Bagi saya, ia tanda penghormatan dan penghargaan buat lagu ini.
IMG_2082
Vida lancar lagu raya tanpa gimik.
“Insya Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap. Saya juga menyasarkan lagu ni menembusi pasaran Indonesia,” katanya.
Lebih unik lagi, lagu yang telah dilancarkan pada pagi Ahad itu adalah ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Vida sendiri.
Vida berkata dia percaya Muah Muah Raya bakal menjadi lagu raya yang evergreen dan menjadi pilihan untuk terus didengar setiap kali raya berdasarkan kualitinya.
Malah dia turut memilih waktu subuh untuk melancarkan lagu tersebut agar tidak mengganggu umat Islam untuk menunaikan solat tarawih dan yang mengejar malam ganjil.
“Lagu ini pun belum 24 jam lagi dan saya pun belum sempat buat promosi. Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi. Saya memilih lancar selepas Subuh, jam 6.30 pagi semalam.
“Kalau malam tak sesuai sebab solat tarawih dan malam ganjil. Takkan saya nak lancar lagu kan?,” katanya.
Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi.
Tambah Vida, meskipun tiada sebarang kempen atau promosi khusus buat Muah Muah Raya namun percaya kekuatan ‘share’ daripada ornag ramai akan membantu lagu tersebut mendapat tempat di hati pendengar.
Apatah lagi kata Vida, lagu tersebut berkualiti dan yakin ia akan menjadi salah satu lagu raya malar segar dan menjadi siulan setiap kali tiba lebaran.
Berkongsi mengenai pemilihan tajuk, Vida memberitahu bunyi ‘muah muah’ itu sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu saling bersalaman.
Muah Muah Raya bawa elemen kekeluargaan.
“Bagi mereka yang rapat, kalau bersalaman mesti akan bunyikan ‘muah muah’. Dari situ timbul idea nak hasilkan lirik lagu ini. Dalam masa sama, ia sesuatu yang sudah biasa kita dengar.
“Bukan saja lirik, tapi konsep lagu dan video muzik juga daripada saya. Walaupun dicipta oleh Amy Ukays, tapi saya berikan idea yang mana nak vibes yang lain dan betul-betul raya.
“Macam dalam MV, saya ada libatkan Cik B, Kacak dan kanak-kanak lain. Saya nak ada eleman kekeluargaan. Walaupun susah nak aturkan budak-budak, tapi dapat juga buat. Saya puas hati dengan hasilnya,” ujarnya.
BACa:
Macam tak percaya dapat jumpa Datuk Siti, reaksi Dr Malar undang reaksi netizen