Mudarat kecil dan besar jika Zahid jadi TPM

Oleh GEMILANGDAILY

Mudarat kecil dan besar jika Zahid jadi TPM. Antara mudarat besar dan mudarat kecil

ANDAI ZAHID HAMIDI TPM MALAYSIA

Sebenarnya dua hari lepas di group, saya diminta memberi pandangan andaikata Zahid dilantik Timbalan Perdana Menteri 1… tak sampai 24 jam ada yg menghidu khabar angin ini.

Oleh kerana ia telah diulas oleh beberapa penulis… saya juga akn memberi pandangan mengenainya secara terbuka. Saya tidak akn bicara terlalu akademik tetapi dlm bicara yg mudah difahami.

Adakah saya setuju jika Zahid Hamidi menjadi TPM? Jawapan saya setuju! Persoalannya kenapa?

Mudarat kecil dan besar jika Zahid jadi TPM

Sebelum ini saya sudah mengulas modus operandi PN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PM Anwar Ibrahim hanya dgn satu jalan iaitu menjatuhkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Kita mesti ingat Ismail Sabri dan Hishamuddin adalah individu yg menentang kerajaan Perpaduan ini. Malah mereka dilihat mesra PN.

Bagaimanapun apabila Akta Anti Lompat Parti diperkenalkan dan juga surat akuan bersumpah dari parti UMNO telah mengikat MP UMNO utk bertindak membuat keputusan secara solo seperti sebelum ini.

Ada yg melompat parti dan ada yg menandatangani SD tetapi kini segalanya mestilah secara en bloc. Kerana akta dan akuan bersumpah itu yg menggagalkan usaha mereka utk menghalang Anwar sebagai PM.

Jadi kenapa Zahid Hamidi diperlukan sebagai TPM? Jawapannya mudah iaitu utk kestabilan kerajaan perpaduan ini. Jika Zahid tanpa sebarang jawatan dlm kerajaan ia lebih memudahkan lawannya menumbangkan Zahid sebagai Presiden UMNO dlm PAU nanti.

Ia bukan sahaja bagi menjaga kepentingan Zahid tetapi utk pemulihan UMNO bangkit bagi melawan PN/ PAS. Jika tidak parti teras Melayu ini akn berkubur dari lipatan sejarah politik tanahair seperti USNO.

Jika Zahid dijatuhkan oleh team pro Ismail dan Hishamuddin… pemulihan ekonomi akn terbantut. Politik negara akn sekali lagi berlaku sepertimana langkah Sheraton. Ia hanya membuatkan iklim politik Malaysia tidak stabil dan akhirnya ekonomi negara terjurumus ke juram yg lebih dalam.

———————————————————————————

PRO & KON ZAHID SEBAGAI TPM

Apa pro & kon Zahid sebagai TPM? Pro seperti saya katakan ia byk membantu Zahid utk kekal sebagai Presiden UMNO dlm pemilihan akn dtg. Kedua PAS atau Bersatu tidak boleh lagi menuduh kerajaan campuran ini sebagai kerajaan komunis kerana ia didominasi pimpinan Melayu.

Kon nya juga byk apabila ia lebih memudahkan PN menyerang PH. Jika sebelum ini selling point mereka DAP, kini mereka ada lagi senjata baru iaitu penyamun(rasuah).

Sudah tentu Pilihanraya Padang Serai dan Tioman ini akn menerima kesannya. Apatah ketika ini kerajaan Perpaduan belum bersedia menyusun barisan sebagai sebuah pasukan yg mantap utk hadapi fitnah agen Israel, Islam terancam, barua Cina komunis dan sebagainya.

Namun percayalah dlm tempoh 3 bulan dari skg apabila kerajaan ini memulakan langkah membongkar kebobrokan kerajaan ‘Abah’ dgn pembelajaan RM 600 billion… kepercayaan org Melayu kpd Abah akn sikit demi sedikit terhakis.

Saya percaya jumlah sebegitu besar dlm masa yg begitu singkat tidak mungkin tiada berlaku salah guna kuasa. Malah ia melibatkan byk pihak. Tidak mengapa kita tunggu dan lihat.

Yg penting Anwar dan kabinetnya tidak perlu defensive. Mereka mesti menyerang dan serangan yg paling ampuh ialah mencari salah guna kuasa pimpinan Muhyiddin.

Ketaksuban masyarakat hanya mampu dihakis dgn membuktikan bahawa insan2 yg dianggap suci itu jauh menyimpang dari kata2 manis di Tik Tok. Kita kena tunjuk wajah sebenar mereka dgn kuasa yg kita ada.

Semalam MB Pahang, Wan Rosdy mendedahkan bagaimana pimpinan PAS menyogok beliau utk dilantik sebagai Menteri di pusat jika sanggup menyerahkan Pahang kpd PN atau PAS sebagai MB.

Tidak mengapa percayalah jika PH dan BN mampu bekerjasama utk kekal sebagai sebuah kerajaan utk tempoh 5 tahun ini, PN akn menjadi semakin lemah. Lemah atas dua faktor… pertama kerana faktor Anwar sebagai PM memulihkan ekonomi negara, faktor kedua membongkar salah guna kuasa kerajaan yg lalu.

——————————————————————————

Persoalannya kini apa hujah kita melawan serangan lawan terutama di Tik Tok apabila melantik Zahid Hamidi sebagai TPM?

Katakan sebelum ini PAS juga bersama UMNO membentuk Muafakat Nasional. Mengapa mereka boleh PH tidak boleh sdgkan Najib, Zahid, Tengku Adnan dan lain2 kes mereka sdg dibicarakan di mahkamah ketika itu.

Bukankah PAS sendiri mengatakan selagi belum dijatuhkan hukum oleh mahkamah ‘ Bos Ku’ tidak bersalah. Jadi apa bezanya kes Najib dan Zahid.

Bagaimanapun Perdana Menteri mestilah menjelaskan beliau tidak akn mencampuri kes mahkamah yg dihadapi Zahid. Jika bersalah, Zahid wajid melepaskan jawatannya sebagai TPM.

Lagipun PH dan BN bersama utk mengelakkan mudarat yg lebih besar sepertimana dilaungkan oleh pemimpin PAS.

Dlm politik ini tiada lawan yg kekal menjadi lawan dan tiada kawan yg kekal menjadi kawan. PAS pernah bersama UMNO, DAP, PKR, S46, BERSATU, GERAKAN dan MCA. Jadi apa salahnya PKR bekerjasama dgn UMNO demi mudarat yg lebih kecil.

Tak mengapa ‘game’ PAS ini kita tahu dah. RUU355, UEC & Dong Zhong, arak, judi akn dimainkan semula. Sebab kita dah ada pengalaman dan kini jadi kerajaan mudah utk kita patah dan serang mereka semula… tunggu.

BACA:

PRU Rompin: Mat Sabu kongsi perasaan pertama kali ceramah atas pentas BN

Sumber dedah 25 jemaah menteri dalam kabinet Anwar

Catat sejarah, bayi ini lahir dari embrio beku yang disimpan selama 30 tahun