Mufti Perlis tegur ahli politik jangan asyik berebut pegang jawatan siang malam

Mufti Perlis tegur ahli politik jangan asyik berebut pegang jawatan siang malam

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pendemik ini (COVID-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti poliltik atau pemimpin sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-sampai-rakyat-bencikan-ahli-politik-mufti-perlis-264326