Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion?

Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion? Adakah berlaku penyelewengan dana perangsang penyelengaraan Covid-19 semasa Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Mahiaddin Yassin menjawat jawatan Perdana Menteri?

Saya tidak pasti. Mungkin ya dan mungkin juga tidak, wallahua’lam beeshawab.

Tetapi yang jelas selepas YAB PM Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Kewangan mendedahkan wujudnya perlanggaran serius prosedur kewangan dalam isu penyelenggaran dana tersebut, kini isu tersebut sedang disiasat oleh SPRM.

Media melaporkan jumlah wang yang diperuntukkan untuk tujuan dana perangsang itu adalah berjumlah RM 530 bilion. Daripada jumlah RM 530 bilion itu, SPRM menyatakan bahawa RM 92.5 bilion ialah dana awam atau Kerajaan- ya wang rakyat! Manakala jumlah RM 437.5 bilion bukan dari dana awam.

Kini SPRM dikatakan menumpukan penyiasatan mereka kepada jumlah RM 92.5 bilion tersebut.

Untuk rekod, semasa kerajaan tebuk atap – yang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton- mereka umum lapan pakej perangsang berjumlah RM 530 bilion. Ia berlaku pada tahun 2020 dan 2021.

Untuk rekod juga, Mahiaddin menjawat jawatan Perdana Menteri kerajaan tebuk atap dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Selain daripada penyuntikan fiskal secara langsung, dana perangsang itu juga datang melalui Danajamin dan beberapa skim jaminan sebanyak RM 80 bilion.

RM 210 bilion pula datang daripada moratorium pinjaman dan RM 110 bilion pula daripada beberapa pengeluaran wang KWSP.

Difahamkan Mahiaddin dan beberapa mantan menteri di era kerajaan tebuk atap akan dipanggil oleh SPRM.

Isu ini menjadi semakin panas kerana dikatakan ada mantan pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang diberitakan telah diminta bercuti.

Dan isu ini menjadi semakin panas apabila SPRM menyerbu 8 agensi Kerajaan dan 9 syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan isu dakwaaan penyelewengan dana rangsangan tersebut.

Dikatakan lapan agensi Kerajaan itu menerima ” peruntukan besar” daripada pakej rangsangan tersebut.

Isu ini menjadi lebih panas dan “juicy” dalam masa yang sama apabila SPRM telah menahan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat yang dikatakan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk membroker pakej ransangan tersebut baru-baru ini.

Di media sosial, heboh cerita yang mendakwa CEO yang ditahan itu dikatakan adalah orang kanan YB Pagoh dan dia juga dikatakan adalah pemimpin parti Bersatu di satu bahagian di Kuala Lumpur.

CEO itu juga didakwa adalah sepupu kepada menantu YB Pagoh – yang juga didakwa terlibat dengan beberapa skandal.

Untuk berlaku adil kepada mereka semua, semua perkara yang di atas masih berstatus dakwaan sahaja.

BACA JUGA :

Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air

Dah masuk usia 40 tahun, ramai terpegun tengok Nora Danish ‘bergetah’ elok

M40 kini dalam dilema, “seminggu je bertahan, lepas tu terus jadi B40”

 

CATEGORIES