Muhyiddin buat harta negara macam duit sendiri, tiada semak dan imbang

Muhyiddin buat harta negara macam duit sendiri, tiada semak dan imbang

“Menurut pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hazrul Shahiri, Muhyiddin bukan sahaja mengubah isu kesihatan Covid-19 untuk menjadi peluang membuktikan kemampuannya sebagai Perdana Menteri malah berusaha memulihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi.”

Siapa kenal Hazrul Shahiri dari UKM, ada Facebook\ Tweeter dia tak?? Nak tanya dia keadah pengurusan mana yang dia pakai yang benarkan budget stimulus luar parlimen?

Kalau ini tatacara pengurusan yang bagus, kenapa negara2 demokrasi lain dalam dunia semua bentang budget tambahan mereka dalam parlimen?

Kalau tak perlu bentang budget tambahan di dalam parlimen, tak ada beza lah dengan skim ponzi. Janji sahaja keuntungan 100% atau 300%; bila tanya method apa dapat keuntungan scammer ponzi kata kita ada formula khas untuk dapat balik keuntungan.

Macam itu setiap bulan boleh la keluarkan bantuan stimulus yang berbeza setiap bulan, 30, 50 atau pun 60 billion, janji setiap rakyat Malaysia 1500 ringgit sebulan pun tak apa, kita kan suka pemimpin yang tak kedekut.

Budget 2020 rasanya dah nak habis pakai walaupun baru setengah tahun, tu nak tengok macam mana ajaibnya MOF boleh umum pakej 50 billion luar parlimen.

Faham tak macam director syarikat belanja duit company macam duit peribadi, beli sana sini tak bincang pun dengan board. Lepas tu lulus bonus kat orang bawah, mesti lah orang bawah suka hati. Tapi end of the year kantoi audit, company lingkup, pekerja tadi hilang kerja. Ada sebab kenapa kena ada urus tadbir korperat yang baik; sebab itu banyak anak syarikat lebai di kelantan bungkus!

Mereka buat syarikat macam harta sendiri. Ingat tak kes yang mereka nak pakai duit anak syarikat untuk bercuti di new zealand tapi lepas kantoi terus cancel? Kenapa cancel kalau tak salah? Yang peliknya tak ada langsung yang tegur sebab yang buat itu ulamak.

Tapi bila nak di fikirkan balik benda ini macam dah embedded dalam otak dan jiwa orang kita. Kalau loan kereta kalau boleh nak 20 tahun, loan rumah sampai semaksimum yang boleh. Kredit card nak ambil platinum, tapi bila bayar mesti minimum. Hak interest rate to tutup sebelah mata, tak wajib tanya.

Sebab itu orang kita susah nak bangkit dari vicious cycle, sebab ada mentaliti tak apa, janji pelaku itu pakai jubah, serban dan pandai baca doa. It is a long way to go untuk sedarkan rakyat kita yang accountability dan tataurus yang baik itu satu kewajipan!

Sumber: