Muhyiddin dan Anwar perlu umum perdamaian dan mulakan rundingan

Muhyiddin dan Anwar perlu umum perdamaian dan mulakan rundingan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdamai dan memberikan fokus kepada rundingan agar masalah yang melanda negara dapat diatasi.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, desakan pemimpin pembangkang supaya Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri perlu diketepikan tatkala negara berdepan dengan pelbagai krisis seperti krisis wabak COVID dan krisis ekonomi.

“Di sebalik tuntutan pembangkang yang memohon beliau (Muhyiddin) meletak jawatan, saya fikir buat sementara waktu ketepikan (tuntutan) itu.

“Paling penting sekarang adalah untuk Perdana Menteri memulakan langkah dengan menghubungi pihak tertentu, khususnya Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) untuk berunding bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bagaimana untuk mendapatkan sokongan.

“Saya percaya langkah itu telah diambil oleh pihak yang dipertanggungjawabkan beliau (Muhyiddin) untuk menghubungi Ahli Parlimen daripada pembangkang bagi memastikan mereka dapat memahami implikasi dan kesan, sekiranya mereka tidak menyokong Belanjawan 2021 (yang akan dibentangkan) nanti,” kata Dr Jeniri kepada Astro AWANI pada Isnin.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-anwar-perlu-berdamai-dan-berunding-265333