Muhyiddin kelihatan tercungap-cungap membaca perutusan khas Prihatin

Muhyiddin kelihatan tercungap-cungap membaca perutusan khas Prihatin

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sewaktu menyampaikan perutusan khas prihatin kelihatan tercungap-cungap dalam membacakan perutusan tersebut.

Hal ini disedari penonton yang menonton siaran langsung ucapan itu dan mendapati Muhyiddin seperti tercungap-cungap menyedut nafas untuk menghabiskan ucapan beliau.

Hal ini berbeza dengan ucapan-ucapan beliau sebelum ini yang dilihat lebih tenang dan teratur.

Perutusan khas ini berlangsung selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim tengahari tadi mengumumkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah jatuh secara dasarnya kerana Anwar mendakwa telah mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Anwar sedang menunggu masa yang sesuai ikut perkenan Yang Dipertuan Agong untuk menghadap dan mempersembahkan sokongan yang diterima oleh beliau sambil menyifatkan kerajaan Melayu Islam majoriti akan terbentuk menggantikan kerajaan PN yang berkuasa selepas langkah Sheraton Mac lepas.

Pengumuman Anwar menimbulkan kegemparan hari ini dan menarik minat pelbagai pihak untuk membincangkan sokongan yang diterima oleh Ketua Pembangkang itu untuk membentuk kerajaan.

Sehingga bertemu YDP Agong, Anwar berkeras untuk tidak mendedahkan senarai sokongan ahli parlimen yang diterima beliau kepada pihak media.

Sumber :