Muhyiddin rosakkan Bersatu dan jangka hayat politik sendiri

Muhyiddin rosakkan Bersatu dan jangka hayat politik sendiri

Pas dan umno senada mendesak TSMY agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera setelah tidak keruan terkesan melihat angka-angka yang dimainkan oleh rakan-rakan PH..

Mereka yang semua sedia maklum bergabung atas kesepakatan politik dengan jenama Muafakat Nasional kelihatan agak bersedia kearah Snap election..Dari segi pembahagian kerusi, ada kemungkinan bagi dua parti ini telah capai kata sepakat atau mungkin dapat diselesaikan secara baik..

Akan tetapi,yang bakal menjadi kambing hitam atau kupang tembaga adalah PPBM dibawah pimpinan TSMY sendiri serta sebahagian ex-PKR yang berada dalam Perikatan Nasional sekarang ini..

Ini memungkinkan pertembungan 3 penjuru atau lebih, yang mana mereka selain MN terpaksa bergelut untuk berebut tempat sama ada diperingkat Parlimen mahupun DUN.

Jika ini berlaku, maka yang bakal menerima kesan yang parah adalah parti pimpinan perdana menteri itu sendiri serta sebahagian daripada ex-PKR…

Ini sesuatu yang membimbangkan PPBM terutama diperingkat akar umbi yang mana berkemungkinan mereka bakal dianaktirikan oleh pimpinan mereka sendiri kerana parti Bersatu dijadikan taruhan sebagai perjudian merebut kuasa sebilangan pimpinan yang kemarukkan kuasa.

Secara bacaan kasarnya, mereka(PPBM) berkemungkinan besar hanya akan memenangi satu dua kerusi sahaja atau mungkin tiada satu pun kerusi yang memihak kepada PPBM, sementelah kemarahan akar umbi dengan pemecatan terburu-buru Tun M dan 4 lagi MP PPBM hari ini..

Ini sesuatu yang meresahkan Muhyidin kerana beliau bakal dicemuh oleh ahli parti sendiri sekiranya PPBM gagal mendapat tempat dalam Parlimen, sekaligus menjadi penggali liang lahad untuk parti pimpinan beliau sendiri sekiranya PPBM berkubur selepas PRU15…

Dilema Muhyidin juga tidak terhenti disitu, kerana beliau selaku PM8 sekarang ini perlu memikirkan keadaan semasa negara yang masih dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) disebabkan pendamik COVID 19 serta keadaan kewangan negara yang agak merosot kesan daripada situasi COVID 19 ini.

Ini antara indikator yang memungkinkan desakan MN terpaksa diabaikan TSMY yang merupakan Perdana Menteri ketika ini..Kos untuk menjalankan sesuatu pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, kerana ianya memerlukan belanja jutaan ringgit serta melibatkan jentera pilihanraya yang cukup besar diseluruh Malaysia.Juga membawa kepada aktiviti yang melibatkan kelompok-kelompok berkumpul secara berkumpulan bersekala besar yang mana bertentangan dengan PKP/PKPB yang memungkinkan penularan fasa tiga COVID 19 di seluruh negara.

Jadi, walau apa jua tindakan Muhyidin, beliau hanya akan merosakkan partinya sendiri, serta keriernya sebagai orang lama politik.

Oleh yang demikian, perkara terbaik sekiranya beliau tiada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat adalah beliau secara gentlemen melepaskan jawatan selaku PM8, seterusnya membenarkan YDPA perkenan melantik PM9 mengikut budi bicara baginda, mana-mana Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat seperti termaktup dalam perlembagaan negara.

Tentunya PM9 daripada PH..

Terima Kasih.

AHMAD SYAUQI AL ABRAR BIN SAIFUDDIN
Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kedah,
Merangkap Ketua Pemuda AMANAH Kulim Bandar Baharu.
Sumber: