Muhyiddin tiru Najib miliki penasihat khas yang ramai?

Muhyiddin tiru Najib miliki penasihat khas yang ramai?

Apakah kebimbangan ramai terhadap Muhyiddin Yassin apabila beliau melantik Dr. Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas berkaitan kesihatan awam baru-baru ini?

Memandangkan berkaitan kesihatan awam pun Muhyiddin dilihat memerlukan seorang Penasihat Khas, kebimbangan ramai ialah lebih ramai lagi lantikan lain akan dibuat untuk menasihati beliau dalam bidang-bidang lain yang beliau kurang arif berkenaan dengannya.

Tidak mustahil, dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi, media dan komunikasi, antarabangsa, blok dunia tertentu dan sebagainya juga beliau akan memerlukan seorang Penasihat Khasnya.

Dalam keadaan sukar dan negara dibelenggu wabak Covid-19, jika perlantikan itu dilakukan, kebimbangan ramai ialah ia bukan saja menambah kos tanggungan negara, bahkan mungkin juga hanya suatu pembaziran.

Ketika era PH berkuasa di mana Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, hanya dua Penasihat Khas dilantiknya.

Mereka ialah Mohamad Abdul Khalid sebagai Penasihat Khas Ekonomi dan A Kadir Jasin sebagai Penasihat Khas Media dan Komunikasi.

Berita penuh : https://shahbudindotcom.net/2020/04/02/mungkinkah-seperti-najib-muhyiddin-turut-memerlukan-ramai-penasihat-khas.html