Muka budak tadika pakai baju polis memang ‘in character’ betul

Muka budak tadika pakai baju polis memang ‘in character’ betul

Muka budak tadika pakai baju polis memang ‘in character’ betul. yang memberi tabik hormat kepada kanak-kanak ini apabila melintas di hadapannya.

Malah, terdapat anggota pasukan beruniform yang turut berhenti mahu berjabat tangannya.

Gayanya persis pegawai berpangkat tinggi menyebabkan kanak-kanak berpakaian seragam polis mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Kuala Lumpur.

“Garang tuan.

“Muka serius tuan,” demikian antara komen netizen menerusi video yang tular.

Gaya serius Faris menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Muka budak tadika pakai baju polis memang 'in character' betul

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Shaidatul Hidayu Mohammad Sabri berkata, anak lelakinya yang berusia enam tahun, Muhammad Faris Danial Muhammad Nazrul hadir menyaksikan perarakan sempena Hari Kebangsaan pada Rabu lalu.

Wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, dia turut terlibat dalam perarakan tersebut menyertai kontinjen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Suami saya bawa Faris dan adik-adiknya keluar rumah seawal 5.30 pagi untuk menaiki LRT dari Cheras untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

“Dia memang suka tengok acara yang melibatkan pasukan beruniform. Dan dia sendiri yang bersemangat nak pakai baju polis sempena Hari Kebangsaan,” katanya kepada mStar.

Antara anggota pasukan beruniform yang mahu bergambar dengan Faris.

Disapa Ayu, katanya, kostum untuk anak sulungnya daripada tiga beradik itu sebenarnya telah disediakan sejak lebih setahun lalu.

 

“Kami dah tempah awal, tapi baru tahun ini orang ramai dapat hadir menyaksikan perarakan sejak pandemik Coivid-19.

“Suami saya merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan baju Faris dibuat menggunakan lebihan kain daripada uniform ayahnya,” ujarnya.

Menurut Ayu, dia dan suami, Muhammad Nazrul Arif, 33, yang sudah berkhidmat selama 15 tahun sebenarnya terkejut dengan karakter anak mereka yang kelihatan begitu serius di khalayak ramai.

“Kami pun terkejut, serius betul wajah dia seperti menjiwai karakter sebagai pegawai. Itu bukan perwatakan Faris kerana apa yang dia lakukan adalah secara spontan.

Faris sebenarnya lantang dan banyak bercakap serta kelakar.
AYU
“Faris sebenarnya lantang dan banyak bercakap serta kelakar. Dia juga tidak dipengaruhi dengan karakter saya dan suami ketika itu kerana kami seorang ceria dan happy-go-lucky..

“Kalau ramai orang, dia malu. Tapi masa tu dia tak segan. Memang betul-betul menjiwai karakternya,” katanya mengenai anaknya yang juga gemar berbasikal dan bermain bola.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ayu (belakang, kanan) bersama keluarga.

Cerita penolong pegawai teknologi maklumat (IT) di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) itu lagi, pada hari tersebut anaknya lebih banyak berdiri sehingga ke akhir majlis.

“Dia nak duduk, tapi baju dia ketat pula. Ayah dia buat bagi nampak kemas.

“Jadi, memang kebanyakan masa dia berdiri tegak macam orang tengah berkawad. Tapi kira okay sebab ramai yang datang tegur dia.

“Katanya nak jadi macam ayah sebagai anggota polis. Kami berharap dia boleh menjadi ketua mahupun pemimpin yang bertanggungjawab suatu hari nanti,” katan Ayu.

BACA:

Pulut Ilham kini kena serbu selepas Ebit Lew datang tolong

Jep buat hal atas pentas, berdekah semua ketawa

CATEGORIES