Muka-muka yang menentang jawi dulu kini pegang kuasa dalam kerajaan PN

Muka-muka yang menentang jawi dulu kini pegang kuasa dalam kerajaan PN

DULU LAWAN PENGENALAN JAWI/KHAT, KINI BERKUASA DALAM KERAJAAN

MCA ini licik. Apabila dia nak hasut orang Cina, dia siar statement dalam mandarin agar orang Melayu tidak faham.

Jadi saya bantu terjemahkan statement-statement anti-Jawi dari MCA untuk bantu sahabat-sahabat Melayu saya faham apa hasutan mereka.

Untuk pengetahuan semua, mereka kini berkuasa dalam Kerajaan.

Tengok gambar pertama. Watak-watak ini berdiri di tengah banner. Cuba cam muka-muka mereka.

1. Wee Ka Siong yang pegang kain rentang anti-Jawi dalam gambar pertama kini Menteri Pengangkutan
2. Mah Hang Soon yang juga pegang kain rentang anti-Jawi dalam gambar pertama kini Timbalan Menteri Pendidikan
3. Tan Teik Chang yang juga pegang kain rentang anti-Jawi dalam gambar pertama kini Pengerusi Lembaga Pelabuhan Penang
4. Chong Sin Woon yang hadir forum anti-Jawi kini dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang

Oleh sebab saya bercakap benar, kejap lagi saya akan dituduh “pengkhianat bangsa Cina” oleh penyokong-penyokong tegar MCA.

Bagi membuktikan saya bukan menghasut atau memfitnah, saya akan tampilkan pautan-pautan laporan akhbar. Korang cuba tekan tu link, copy perenggan-perenggan akhbar tu dan letak dalam Google translate. Tengok sama ada saya tipu atau bercakap benar.

1. “MCA & MASYARAKAT CINA BERDIRI TEGUH, TOLAK SEKERAS-KERASNYA PENGENALAN SENI KHAT DALAM SILIBUS PENDIDIKAN SJK (C)” -kain rentang yang dipegang oleh Wee Ka Siong (Presiden MCA) & Mah Hang Soon (Pengerusi MCA Perak)
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/…/uploads/2019/08/190804gn01.jpg)

2. “SENI KHAT ‘MENCABUL’ PENDIDIKAN SJK (C), SUDAH MASANYA MASYARAKAT TIONGHUA LAWAN HABIS-HABISAN,” kata MCA Tambun
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/content/content_2093884.html)

3. “BANGKIT LAWAN HABIS-HABISAN POLISI UNTUK MEMPERKENALKAN SEMULA SENI KHAT,” seru bekas Presiden MCA Liow Tiong Lai kepada masyarakat Cina
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/…/%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87…/)

4. “PENGENALAN JAWI TIDAK MAMPU MENINGKATKAN TARAF BAHASA KEBANGSAAN,” kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau di https://www.enanyang.my/…/%E3%80%90%E5%8D%8E%E6%B7%A1%E5%B…/)

5. WANG RINGGIT ADA TULISAN JAWI: WEE KA SIONG SINDIR ‘LEBIH BAIK DR MASZLEE PERGI MAIN WAU’
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/…/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7…/)

6. WEE KA SIONG (PRESIDEN MCA) SINDIR TEO NIE CHING (TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN DARI DAP) SEBAGAI ‘MAK CIK JAWI’
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/…/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7…/)

7. “TEO NIE CHING TIDAK HIRAU PANDANGAN MASYARAKAT CINA DALAM KEPUTUSAN MELAKSANAKAN SENI KHAT,” kata MCA Pasir Gudang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094719.html)

8. “TEO NIE CHING TIDAK HIRAU SUARA MASYARAKAT CINA MEMBANTAH SENI KHAT,” kata Wakil MCA Pulau Pinang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094575.html)

9. “TEO NIE CHING BALAS MASYARAKAT CINA DENGAN MELAKSANAKAN SENI KHAT DALAM SILIBUS SJK(C),” kata Ketua Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Dr Tee Ching Seng
(Dimuatnaik oleh MCA di http://mca.org.my/1/Content/SinglePage…)

10. “PENGENALAN SENI KHAT BUKAN CARA BAIK MENGHAYATI BAHASA KEBANGSAAN,” kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/…/%E8%AE%A4%E8%AF%86%E7%88%AA%…/)

Sumber: