Pempengaruh media sosial, View Chin dan Mira sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video yang memaparkan betapa rapatnya mereka berdua.
Menerusi satu hantaran di Instagram, View Chin memuat naik video yang menunjukkan dia sedang berbaring bersama Mira di atas katil.
Dalam video tersebut, Mira bermimpi View Chin berlaku curang terhadapnya dengan seorang wanita misteri.
Akibat mimpi itu, dia marah dan merajuk dengan View Chin sepanjang hari.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan status hubungan kedua-dua pempengaruh media sosial ini kerana kerap mencipta konten seperti itu.
Selain itu, ada juga yang meminta View Chin dan Mira untuk mengumumkan kepada orang ramai sekiranya mereka telah bernikah bagi mengelakkan fitnah.
Tidak ketinggalan, ada netizen yang mengecam kedua-dua pempengaruh tersebut kerana tanpa segan silu membuat konten sedemikian.
Sebelum ini, bekas isteri View Chin, Shermine, telah mendedahkan bahawa lelaki itu berlaku curang terhadapnya dengan salah seorang pekerja mereka iaitu Mira.
Akibatnya, Shermine dan View Chin memutuskan untuk bercerai namun tetap berbaik demi anak-anak mereka.
Selepas beberapa bulan berpisah, View Chin dan Mira kembali bersama dalam siaran langsung bersempena dengan promosi jualan barangnya. Sehingga kini, mereka masih bekerjasama dan kelihatan semakin rapat.