Mula dengan sedekah, kini tepung pelita paya jaras punyai 100 ejen tiap kali ramadan

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bazar Ramadan menjadi destinasi utama bagi ramai penduduk terutamanya yang tinggal di sekitar Lembah Klang,

Termasuk kawasan Sungai Buloh. Salah satu juadah yang popular dan sering dijual di bazar-bazar Ramadan adalah Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras.

Bagi kebanyakan orang, mungkin mereka tidak mengetahui bagaimana Tepung Pelita Paya Jaras bermula.

Mula dengan sedekah, kini tepung pelita paya jaras punyai 100 ejen tiap kali ramadan

Kisahnya bermula pada tahun 1999, seperti yang diceritakan oleh pemilik jenama tersebut, Watie Abdul Rahman dan suaminya Nadzri Taris, melalui satu temu bual dengan Astro Awani.

Mereka mula menjalankan perniagaan tepung pelita ini selepas ditolak oleh pihak sekolah untuk berniaga. Meskipun pada mulanya kuih mereka tidak mendapat perhatian

, Watie tetap gigih dan memutuskan untuk menyedekahkan kuih itu kepada murid-murid sekolah. Keputusan itu membawa mereka ke arah yang lebih baik, dengan pelanggan yang semakin ramai.

Perniagaan Tepung Pelita Paya Jaras terus berkembang setelah itu. Mereka tidak hanya menjual di pasar-pasar malam dan hotel, tetapi juga di bazar-bazar Ramadan

. Walaupun perjalanan perniagaan mereka tidak mudah, dengan pengalaman menghadapi cabaran seperti kuih mereka tidak laku di bazar, mereka terus gigih dan tidak putus asa.

Selepas 20 tahun dalam industri ini, Tepung Pelita Paya Jaras kini mempunyai lebih daripada 100 ejen jualan setiap kali bulan Ramadan tiba. Namun, dengan keadaan terkini COVID-19, pemilik Watie Abdul Rahman dan suaminya,

Nadzri Taris, memutuskan untuk tidak menjalankan perniagaan mereka bagi Ramadan tahun ini.

Meskipun terdapat banyak permintaan daripada ejen-ejen mereka, mereka memilih untuk tidak beroperasi demi kebaikan rakyat Malaysia.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual secara atas talian untuk tahun ini, dan menggesa agar orang ramai berhati-hati dengan mana-mana jualan atas talian yang menggunakan nama mereka.

Mereka berharap dapat bertemu dengan pelanggan mereka kembali pada tahun depan.

BACA: “Saya nekad nak cerai dengan suami tapi tak tahu nak cakap macam mana, masing-masing ada penyakit jantung”