Mulai tahun ini, individu yang membiarkan pintu kereta terbuka sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya akan dikenakan denda yang sangat tinggi di Vietnam.
Menurut laporan dari VNExpress, denda bagi kesalahan ini boleh mencecah antara 20 juta dong (RM3,500) hingga 22 juta dong (RM4,000),
iaitu peningkatan yang sangat ketara berbanding denda sebelumnya.
Peraturan baharu ini diperkenalkan oleh pihak berkuasa Vietnam dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengawal pelanggaran undang-undang lalu lintas.
Dekri baru yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025 ini turut memperkenalkan sistem penalti berasaskan mata serta peraturan mengenai pemulihan mata lesen memandu.
Menurut dekri tersebut, jika pintu kereta dibuka dengan tidak selamat atau dibiarkan terbuka tanpa perhatian, denda antara 4 juta dong (RM700) hingga 6 juta dong (RM1,000) akan dikenakan.
Namun, jika kesalahan ini menyebabkan kemalangan jalan raya, jumlah denda yang dikenakan boleh meningkat dengan ketara kepada antara 20 juta dong hingga 22 juta dong.
Langkah ini jelas bertujuan untuk mengekang tingkah laku yang boleh membahayakan keselamatan jalan raya dan memberikan amaran keras kepada pemandu untuk lebih berhati-hati dalam mengendalikan kenderaan mereka.
BACA: Polis dedah sebab kematian empat individu hadir konsert Pinkfish